Percetakan T-Shirt Terbaru

Just press only !!

No more weeding and cutting 

Jadilah agent kita untuk dapat harga sepcial *Hanya untuk 100 agents yang pertama

10 + 15 =

Apa itu DTF ?

Percetakan Direct Transfer Film (DTF) adalah teknologi percetakan baru yang serupa dengan Direct to Garment (DTG)). Perbezaan utama adalah bahawa teknologi DTG hanya terhad untuk mencetak pakaian kapas. Manakala percetakan DTF boleh mencetak pelbagai jenis pakaian seperti nilon, poliester, denim, sutera,kapas dan sebagainya. Oleh itu percetakan DTF menjadi salah satu kaedah yang paling popular untuk mencetak baju kemeja dan pakaian. Proses pencetakan DTF sangat mirip dengan proses print & cut di mana kedua-duanya mencetak gambar di atas film, perbezaan yang paling besar adalah percetakan DTF tidak perlu outline, weeding dan cutting. Film yang siap cetak dengan gambar boleh terus transfer ke atas baju. Direct Transfer Film boleh menghasilkan cetakan yang terperinci, walaupun perkataan yang kecil DTF pun tidak jadi masalah. Teknologi DTF yang baru ini juga menghasilkan percetakan yang lembut macam silkscreen. 

Langkah-langkah untuk menghasilkan pencetakan DTF  

Langkah 1 – Cetak pada Filem

Langkah pertama pencetakan DTF adalah mencetak gambar cermin pada filem PET dengan satu lapisan warna putih, kemudian akan digunakan untuk pindah ke pakaian.

Langkah 2 – Serbuk

Langkah ini adalah meletak serbuk di atas filem yang telah dicetak. Proses ini dilakukan oleh Automatic Powder Shaker- untuk menerapkan serbuk secara merata dan juga untuk menghilangkan lebihan serbuk.

Langkah 3 – Mencairkan serbuk

Setelah serbuk yang dipindahkan, ia kemudian dimasukkan ke dalam oven untuk dipanaskan. Serbuk akan dipanaskan sehingga cecair. Serbuk yang cecair bertindak sebagai pelekat yang kuat untuk melekatkan gambar pada pakaian.

Langkah 4 Pemindahan

Selepas filem sudah siap dipanaskan, kita boleh heat ke atas pakaian sasaran dan ditekan secara seragam menggunakan heat press mesin. Proses ini merupakan langkah yang sangat penting kerana kegagalan dalam proses ini akan menyebabkan gambar terkerut. 

Langkah 5 Kupas Sejuk

Filem digalakkan mengupas selepas suhu pakaian telah sejuk , langkah ini dapat mengekalkan tahap daya lekat yang tinggi . Sekiranya pakaian dikupas terlalu awal, gambar mungkin tidak sepenuhnya lekat ke atas pakaian. 

Langkah 6 Post-pressing

Kami menambah langkah 6 untuk memastikan gambar-gambar yang dicetak oleh DFT boleh bertahan lama dan tahan cuci. Langkah 6 kita melibatkan satu penekan terakhir di mana kita menggunakan heat press mesin dipanaskan pada pakaian selama 8-10 saat. Kami merasakan tekanan kedua ini dapat mengukuhkan ikatan antara dakwat dan serat.

Kelebihan & keburukan

Percetakan dtf

Kelebihan

  1. Boleh cetak hampir semua jenis kain
  2. Sesuai untuk perkataan atau logo kecil
  3. Tidak perlu pra-rawatan seperti DTG
  4. Tidak perlu blok seperti Silkscreen.
  5. Tanpa had warna, boleh cetak gambar yang warna-warni 
  6. Tidak perlu memotong atau weeding 
  7. Minimum rendah, satu ukuran A2 pun boleh
  8. Mempunyai sentuhan tangan yang baik 
  9. Mempunyai pencucian yang baik.
  10. Prosesnya lebih pantas daripada percetakan print & cut.

 

Keburukan

1.Lebih mahal jika kawasan percetakannya besar

Mengapa memilih EveryTees sebagai pembekal DTF anda?

  • Kami menggunakan pencetak mesin yang terbaru untuk memastikan kualiti cetakan
  • Semua pesanan dapat diselesaikan secara dalam talian melalui laman web kami.
  • Kita dapat selesai job anda dalam masa 2 hari
  • Kita boleh menghantar ke seluruh Malaysia

Satisfied Clients

Completed Jobs

Kesimpulannya

Pencetakan Direct Transfer Film (DTF) adalah kaedah pencetakan baru yang mampu press ke pelbagai jenis pakaian.Percetakan DTF juga merupakan kaedah percetakan yang membolehkan kedai percetakan t-shirt menerima pesanan minimum yang rendah sambil memberikan cetakan yang berkualiti tinggi.

EveryTees, sangat mengesyorkan pencetakan DTF untuk perniagaan percetakan t-shirt berjenama kerana anda hanya perlu beli mesin heat press. EveryTees akan membekalkan anda filem DTF. Kos permulaan hanya RM 1,000 ++

Answers to Your Questions

Bagaimana menyediakan fail untuk DTF?

  1. Buka design anda dengan menggunakan Adobe Illustrator.
  2. Sesuaikan gambar anda dengan ukuran pencetakan yang tepat
  3. Laraskan Artboard ke saiz A2 (574 mm x 420mm)
  4. Eksport fail ke AI atau png (minimum 300dpi)

Apakah setting untuk heat press?

Suhu: 150 ° C (Cotton) 130 ° C (Polyester)

Tekanan: Tekaan sederhana.

Tekan pertama – selama 8 saat, kemudian tunggu filem sejuk, kemudian kupas.

Tekan kedua – Tutup dengan kepingan Teflon dan tekan selama 8 saat.

Bagaimana cara membuat pesanan?

  1. Sila hantarkan fail cetak dan kuantiti ke enquiry@everytees.com
  2. Atau buat pesanan dalam talian di https://www.everytees.com/products/a2-film-dtf-printing/